Tuesday, June 23, 2015

#JalanJalanCariMakan Wan Atiq Nasi Kerabu Bazaar Ramadan

Kepada peminat-peminat Nasi Kerabu, terdapat satu gerai Nasi Kerabu yang mendapat sambutan cukup hangat daripada para pengunjung iaitu di gerai Wan Atiq yang bernumbor 308 di Bazaar Ramadan Putrajaya.
Gerai ini mempunyai empat set Nasi Kerabu iaitu set Ayam Bakar, Daging Bakar, Ikan Celup Tepung dan Nasi Kerabu Special. Nasi Kerabunya cukup membuat orang terliur dan rasanya pasti menyelerakan! like emoticon
Penulis sarankan para pengunjung untuk ke gerai tersebut lebih awal supaya tidak perlu beratur panjang. Harganya juga cukup berbaloi, hanya RM 6 untuk Nasi Kerabu yang dinyatakan tadi dan RM 10 untuk Nasi Kerabu Special.
Jadi tunggu apa lagi? Jom dapatkannya sekarang!

https://www.facebook.com/myputrajayanews/posts/475493402624205







No comments:

Post a Comment