Thursday, June 4, 2015

Taman Kufi PPJ Tarik Perhatian Pengunjung Putrajaya

Taman Kufi PPJ yang mempamerkan tiga element utama iaitu maze, green wall dan atrium.
Maze yang berwarna hijau di sekeliling bangunan merupakan susunan kufi PERBADANAN PUTRAJAYA yang dapat dilihat dari pemandangan atas struktur bangunan tersebut.
Kewujudan green wall dihadapan bangunan tersebut yang berketinggian 7meter turut dihiasi tulisan Kufi PUTRAJAYA dan menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat taman tersebut.
Baharuddin
         Baharuddin
Pengurus Taman Kufi Perbadanan Putrajaya, Baharuddin Aziz berkata, segala persiapan Taman Kufi itu mengambil masa selama dua bulan.
“Struktur bangunan mengambil masa selama satu setengah bulan untuk siap dan baki dua minggu adalah untuk perhiasan bunga-bunga.
“Atrium ini merupakan pusat bangunan, dikelilingi kaca lutsinar supaya para pengunjung dapat melihat hiasan rimbunan tanaman menghijau serta persembahan 20 jenis spesies bunga,” katanya ketika ditemui.
Tambahnya lagi, pada waktu malam, taman tersebut akan memancarkan cahaya warna melalui sususan lampu yang dipasang dan ia menjadi kelainan kepada pengunjung pada waktu malam.
                              Baharuddin bersama pasukannya

LIPUTAN BERITA OLEH TEKS: YASMIN YUSOF FOTO: YASMIN YUSOF

No comments:

Post a Comment