Monday, June 15, 2015

Cerita saja-saja ke-3 :p (Bicara Pendidik Sempena Sambutan Hari Guru)

PRESINT 2 – Seramai 270 orang guru sekolah seluruh Putrajaya termasuk pegawai Jabatan Pendidikan Putrajaya telah menghadiri  Program Bicara Pendidik Sempena Sambutan Hari Guru di Dewan Seri Melati Perbadanan Putrajaya,pukul 3 petang tadi.

Naib pengerusi sempena Sambutan Hari Guru, Raja Isnariza berkata, program tersebut merupakan program terakhir di antara lima program yang dijalankan bersempena Hari Guru peringkat Putrajaya iaitu futsal, bowling, senam robik dan terapi ziarah.


Penceramah bagi program tersebut adalah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad iaitu Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Mohd Dom.

Beliau menyampaikan ceramah berkenaan dengan tugasan dan interaksi seorang guru terhadap pelajarnya dan juga ibubapa mereka serta nasihat yang bermanfaat dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru.

“Jadilah guru yang positif agar anak murid juga menjadi positif.


“Sentiasalah bermuka ceria dan senyum supaya toksin dapat dikeluarkan serta nampak awet muda” kata beliau ketika menyampaikan ceramah.



No comments:

Post a Comment