PRESINT 4 - Setelah melihat
taman-taman di festival Floria Diraja Putrajaya, penulis mendapati Taman
DBKL paling cantik dan berjaya menarik perhatian para pengunjung untuk melihat
taman tersebut yang mempersembahkan pokok-pokok bunga pelbagai warna yang terdiri daripada pokok bunga lily,
orkid dan lain-lain.
Taman tersebut telah memenangi tiga anugerah iaitu Royal Floria Garden Gold
Award, Royal Floria Garden Starlight Gold Award dan Royal Floria Putrajaya 2015
Prime Award.
Sesuai dengan pencapaiannya, taman tersebut telah mendapat
perhatian yang menggalakkan dari para pengunjung dari pelbagai bangsa iaitu
Melayu, China dan India dan mereka begitu teruja mengambil gambar pokok-pokok
bunga disitu.
Sesuai dengan slogan Floria 2015 “Lily Tapestry of Hues”, taman
tersebut telah mempersembahkan pokok bunga lilynya yang memenuhi satu kawasan dan
disusun secara berbaris dari pelbagai warna seperti merah jambu, oren, merah
dan putih.
Selain itu, terdapat persembahan pokok bunga orkid yang
bewarna ungu terang dilihat tergantung dan memenuhi satu dinding serta pokok
bunga orkid yang diletakkan di dalam pasu bunga yang menghadap tasik Putrajaya
itu.
Penulis telah memilih salah seorang pengunjung untuk
ditemuramah iaitu Puan Nur Ain yang berumur 60-an mengenai pendapatnya terhadap
taman DBKL tersebut.
“Design taman ini sangat cantik dengan persembahan
bunga-bunga dan saya juga merupakan peminat pokok bunga orkid serta mempunyai pokok
bunga orkid sendiri di rumah.
“Pokok bunga orkid di sini sangat cantik dan tentu ianya lebih
mahal.” katanya ketika ditemui.
No comments:
Post a Comment