Monday, June 22, 2015

Cerita saja-saja ke-4 :p (Majlis Perasmian Pertubuhan OKU Shah Alam)

PRESINT 5 – Pertubuhan yang baharu ditubuhkan iaitu Pertubuhan Shah Alam Bersatu OKU (S.A.B) telah mengadakan Majlis Perasmian yang dihadiri seramai 120 golongan OKU  di Mangiamo café, Taman Equestrian Putrajaya baru-baru ini.

 Turut dijemput keluarga mangsa kemalangan Nurul Huda, keluarga Hazalli iaitu mangsa kemalangan Karak dan Amira dan Aqila iaitu anak mangsa kemalangan Duke ke majlis tersebut.

Menurut salah seorang urusetia majlis, golongan OKU telah menghadiri café Equestrian tersebut dengan menaiki kenderaan sendiri.

Hazrul Badri selaku Presiden S.A.B bersama ahli-ahlinya telah berbuka puasa bersama golongan OKU dan keluarga mangsa kemalangan apabila  Menteri Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perasmian kerana mempunyai urusan penting.

Majlis tersebut telah ditaja oleh Pertubuhan Shah Alam Bersatu OKU (S.A.B) dan turut mendapat sumbangan sebanyak RM 1000 daripada Kementerian Belia Dan Sukan.

Majlis tersebut turut mengadakan sesi penyampaian derma sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan.






No comments:

Post a Comment