Putrajaya – Program Ekspresi Transformasi yang
bertemakan “Ramadan Yang Dirindu” telah berlangsung di Jabatan Perkhidmatan
Awam pagi tadi.
Program yang dianjurkan JPA dimulakan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan keagamaan
antaranya Asma Ul Husna, Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 184-186,
Berselawat, Sajak Ramadan, Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Nur Ahli Badar dan
Tazkirah oleh YBhg.
Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin.
Program ini dihadiri lebih 500 penjawat
awam sekitar Putrajaya dan turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi
Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Dr. Ahmad Jailani
Mohamad Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) TKPPA (O) .
Ustaz Badli berkata bahawa Ramadan tahun ini lebih tenang berbanding tahun
lepas kerana tiada pertindihan dengan acara sukan bola sepak seperti Ramadan
tahun yang lepas yang bertindih dengan sukan World Cup Brazil.
Beliau menambah, bulan Ramadan tahun ini juga
lebih singkat waktunya berbanding tahun lepas iaitu selama 13 jam 21 minit.
“Kalau di Eropah, waktu puasanya lebih lama
seperti di London, waktu puasanya adalah selama 18 jam dan kalau di Mekkah,
adalah selama 14 jam tetapi suhunya amat panas iaitu 45 darjah celcius.
"Ramadan tahun ini adalah moment untuk transformasi di mana waktu makan yang tiga kali sehari
menjadi dua kali sehari, perlu berusaha bangun pada waktu malam dan bagi yang
menghisap rokok akan mentransformasikan diri iaitu mengurangkan dan menahan
diri dari merokok." katanya.
Terdapat 1.4 juta Penjawat Awam di Malaysia
dan di seluruh dunia, mereka sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti dan
melakukan transformasi terhadap penjawat awam mereka.
Beliau berkata, mengapa Jepun maju? Kerana
Jepun mempunyai kelebihan iaitu dalam hidup, mereka mempunyai perancangan.
“Jika dilihat, kita mempunyai 26 huruf abjad bermula dari A sampai Z maka apabila hendak buat pelan, perlu ada pelan b, c dan seterusnya hingga ke Z.
“Tetapi jika kita tidak berjaya, pelan kita
sedikit sebenarnya jika dibandingkan dengan Jepun kerana mereka mempunyai 204
abjad maka pelan-pelan mereka tentu lebih banyak sebab itu mereka lebih maju.” kata beliau.
Ustaz Badli juga mencadangkan sebuah buku yang dikeluarkan pada tahun 2001 yang
bertajuk “The Wisdom of Soloman At Work” agar
dibaca oleh sekalian Penjawat Awam kerana buku tersebut menceritakan betapa hebatnya kepimpinan Nabi Sulaiman dalam
menjalinkan kasih terhadap semua makhluk Allah.
Rasulullah adalah manusia yang terhebat di dunia
kerana kejayaannya dalam mentransformasikan orang-orang Arab jahiliah menjadi manusia yang lebih baik.
Beliau memesan supaya kita sentiasa
melakukan sesuatu perkara kerana Allah SWT dan bukan kerana manusia dan jangan
mengharapkan pujian daripada mereka.
Bacaan ayat-ayat Al-Quran
Nyanyian
Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Nur Ahli Badar
Suasana di auditorium JPA
Ustaz Badli
No comments:
Post a Comment