Monday, June 29, 2015

Cerita saja-saja ke-5 :p (Majlis Buka Puasa Bersama Anak Yatim Di Presint 9)

Presint 9 - Seramai 40 anak-anak yatim Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah serta sekitar Putrajaya telah memeriahkan lagi Program Ukhwah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Belia Kawasan Putrajaya di Surau Putra Blok 1B, Fasa 1 Presint 9 baru-baru ini. 

Program tersebut telah mendapat kerjasama dari Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Kelab Rakan Muda Putrajaya dan Persatuan Penduduk Fasa 1 Presint 9. 

Di taman terbuka berhadapan Surau Putra, pelbagai aktiviti diadakan seperti memasak bubur lambuk, menyediakan juadah berbuka, bergotong-royong serta beramah mesra dan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim. 

Majlis turut dirasmikan oleh Datuk Khairuddin, Pengerusi Majlis Perundingan Belia Putrajaya.

Antara aktiviti yang diadakan bersama anak-anak yatim ialah membina dan mewarna bangunan dari kotak-kotak terpakai mengikut kreativiti masing-masing dan dipantau oleh beberapa orang guru serta ahli Rakan Muda. 

Pegawai Pejabat Belia dan Sukan kawasan Putrajaya, Siti Rahayu berkata, tujuan mengadakan program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk Fasa 1, memberi pendedahan kepada para peserta melakukan khidmat masyarakat serta mengimarahkan bulan Ramadan ini. 

"Program ini juga menambahkan elemen kesyukuran iaitu memberi sumbangan kepada anak yatim dan melahirkan minat menyertai rewang dalam kalangan anak muda," katanya lagi.  

Sementara itu, Setiausaha Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Joi Rizal berkata, Presint 9 Fasa 1 ini dipilih untuk mengadakan program ini kerana kawasan ini sudah terkenal dengan panjut dan akan dinyalakan pada waktu malam serta penduduknya juga aktif menyertai program di sini. 

Salah seorang anak yatim dari Presint 9 Fasa 1, Natasha, 9, berkata, beliau telah ditemani oleh abangnya ke Program tersebut dan menjelaskan keadaan tangannya yang berbalut kerana tangannya patah selepas jatuh dari basikalnya di atas jalan raya pada hari khamis lepas. 

"Saya berasa gembira kerana dapat datang ke program ini dan berseronok dan bermain dengan kawan-kawan yang lain di sini," katanya ketika ditemui. 

Seorang lagi anak yatim dari Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Majidah, 10, berkata, beliau berseronok melihat dan bermain dengan panjut serta aktiviti membina bangunan bersama-sama kawan-kawannya.







Friday, June 26, 2015

#JalanJalanCariMakan Coconut Shake Bazaar Ramadan

Ingin mencari minuman untuk berbuka puasa? Minuman yang menarik perhatian penulis ialah minuman coconut shake di gerai Marvelicios Coconut Shake yang bernombor 250 di Presint 4, Bazaar Ramadan Putrajaya.
Terdapat pelbagai perisa menarik seperti Vanilla, Blue Hawaian, Red Cube, Nata De Mango, Crunchy Oreo dan Chocolate Rice. Harganya adalah diantara RM 5 hingga RM 6 dalam cawan yang cukup besar. Mesti cuba like emoticon
Penulis sudah pun merasai perisa Blue Hawaian seperti dalam gambar di bawah, memang sedap, juga ada jelly di dalamnya. Para pengunjung dinasihatkan untuk membelinya lewat sedikit supaya dapat menikmati kesejukkan air coconut shake apabila tiba waktu untuk berbuka. Selamat membeli!
https://www.facebook.com/myputrajayanews/posts/476717419168470





Tuesday, June 23, 2015

#JalanJalanCariMakan Wan Atiq Nasi Kerabu Bazaar Ramadan

Kepada peminat-peminat Nasi Kerabu, terdapat satu gerai Nasi Kerabu yang mendapat sambutan cukup hangat daripada para pengunjung iaitu di gerai Wan Atiq yang bernumbor 308 di Bazaar Ramadan Putrajaya.
Gerai ini mempunyai empat set Nasi Kerabu iaitu set Ayam Bakar, Daging Bakar, Ikan Celup Tepung dan Nasi Kerabu Special. Nasi Kerabunya cukup membuat orang terliur dan rasanya pasti menyelerakan! like emoticon
Penulis sarankan para pengunjung untuk ke gerai tersebut lebih awal supaya tidak perlu beratur panjang. Harganya juga cukup berbaloi, hanya RM 6 untuk Nasi Kerabu yang dinyatakan tadi dan RM 10 untuk Nasi Kerabu Special.
Jadi tunggu apa lagi? Jom dapatkannya sekarang!

https://www.facebook.com/myputrajayanews/posts/475493402624205







Monday, June 22, 2015

Cerita saja-saja ke-4 :p (Majlis Perasmian Pertubuhan OKU Shah Alam)

PRESINT 5 – Pertubuhan yang baharu ditubuhkan iaitu Pertubuhan Shah Alam Bersatu OKU (S.A.B) telah mengadakan Majlis Perasmian yang dihadiri seramai 120 golongan OKU  di Mangiamo café, Taman Equestrian Putrajaya baru-baru ini.

 Turut dijemput keluarga mangsa kemalangan Nurul Huda, keluarga Hazalli iaitu mangsa kemalangan Karak dan Amira dan Aqila iaitu anak mangsa kemalangan Duke ke majlis tersebut.

Menurut salah seorang urusetia majlis, golongan OKU telah menghadiri café Equestrian tersebut dengan menaiki kenderaan sendiri.

Hazrul Badri selaku Presiden S.A.B bersama ahli-ahlinya telah berbuka puasa bersama golongan OKU dan keluarga mangsa kemalangan apabila  Menteri Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perasmian kerana mempunyai urusan penting.

Majlis tersebut telah ditaja oleh Pertubuhan Shah Alam Bersatu OKU (S.A.B) dan turut mendapat sumbangan sebanyak RM 1000 daripada Kementerian Belia Dan Sukan.

Majlis tersebut turut mengadakan sesi penyampaian derma sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan.






Saturday, June 20, 2015

#JalanJalanCariMakan Baby Cakoi Bazaar Ramadan

Cakoi paling sedap! Pelbagai jenis cakoi seperti Baby Cakoi, Cakoi Cheese dan Yu Cakoi boleh didapati di gerai 103 di Bazaar Ramadan Presint 4, Putrajaya.
Baby cakoi merupakan cakoi kegemaran penulis dan rasanya amatlah sedap dimakan bersama sosnya iaitu sos pandan. Hanya dengan RM 1 boleh mendapat 5 ketul cakoi. Mesti cuba! like emoticon
Penjual gerai, Ahmad berkata, Baby Cakoi merupakan cakoi pilihan majoriti kerana cakoi ini paling comel dan sedap dimakan.
Bukan itu sahaja, cakoi yang paling laris ialah cakoi cheese yang disaluti cheese dan coklat hanya berharga RM 5 satu set. like emoticon

https://www.facebook.com/myputrajayanews/posts/474392859400926?pnref=story






Friday, June 19, 2015

#JalanJalanCariMakan Tepung Talam Bazaar Ramadan

Ingin mencari kuih untuk berbuka puasa? Penulis mencadangkan para pengunjung untuk membeli kuih talam yang boleh didapati di Bazaar Ramadan di Presint 4, Putrajaya.
Gerai Pakar Tepung Talam yang bernombor 175, menjual pelbagai jenis kuih talam seperti seri muka, seri muka durian, keladi, sugi, ubi dan gula merah.
Menurut penjual gerai tersebut, harga kuih talam adalah RM 2 sebungkus dan Seri Muka merupakan kuih kegemaran ramai.

https://www.facebook.com/myputrajayanews/posts/474113956095483







Thursday, June 18, 2015

1st Ramadhan...

Assamulaikum wbt,

I forgot about writing in my blog, haha, just remembered today when my father asked me how's my blog.

Okay let me tell you about yesterday. I went to office as usual, doing my own thing, at about 4.45 I quickly went out and drove to Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. I had to cover about bubur lambuk being distributed there. I arrived exactly at 5 but was stuck in the jam just next to the masjid and I couldn't seem to find the place. I was really disappointed with myself. I feel like I have failed that day.

I asked people around the stalls and one of them said that one of the stall is distributing bubur lambuk next to the chicken chop stall. At 5.15 I found the stall and they were distributing kurma. I asked about the bubur lambuk. They said all were finished already. I was once again really sad. I just took pictures of them distributing the kurma. I even interviewed one of the visitor who was my schoolmate and I interviewed the President of the PMO Club.

That's all for now. Till I write again soon.

Sambutan Hari Guru Kali Ke-9 Hargai Jasa Pendidik

Rusni (tengah) dan Haitamin (tiga dari kanan) bergambar bersama penerima Tokoh Guru 2015 dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2015
PRESINT 2 – Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya kali ke-9 telah diadakan di Dewan Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan, Presint 2, Putrajaya semalam.

Bertemakan “Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” dihadiri lebih 500 tetamu yang turut sama meraikan Sambutan Hari Guru tersebut.
Rusni
Rusni
Pengerusi Program, Puan Rusni Ab Jalil, berkata, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah adalah bagi mengenang jasa guru yang rata-rata diraikan pada setiap tahun pada tarikh 16 Mei.
“Majlis ini telah dirancang pada awal tahun dan keseluruhan persiapan mengambil masa sebulan sejak awal Mei yang lalu.
“17 Jun dipilih sebagai hari sambutan kerana rata-rata sekolah menghadapi musim peperiksaan serta cuti penggal persekolahan baru-baru ini.” katanya.
Sementara itu, Anugerah Tokoh Guru 2015 menyaksikan Haji Mohd Yusof Hassan sebagai penerima anugerah, manakala Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2015 telah disandang oleh Haji Jamaluddin Yusoff.
Menurut Rusni, Sambutan Hari Guru pada kali ini membawa sedikit kelainan apabila pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama sekolah dan guru-guru seperti senamrobik, bowling, futsal, bicara akademik dan ziarah terapi ke rumah-rumah guru yang sakit.
“Selain itu, pada 19 Mei yang lalu, Kad Ucapan Hari Guru Terpanjang melibatkan sekolah-sekolah seluruh Putrajaya telah berjaya memecahkan rekod dalam Malaysian Book Of Records dengan kerjasama YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Tidak dilupakan jasa guru-guru yang banyak memberikan sumbangan kepada sekolah, serta mereka yang telah bersara diberikan sijil penghargaan dan cenderamata bagi mengingati jasa mereka.” katanya lagi.
Majlis telah dirasmikan oleh Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya, Datuk Haji Muhamad Haitamin Ishak.

Monday, June 15, 2015

Cerita saja-saja ke-3 :p (Bicara Pendidik Sempena Sambutan Hari Guru)

PRESINT 2 – Seramai 270 orang guru sekolah seluruh Putrajaya termasuk pegawai Jabatan Pendidikan Putrajaya telah menghadiri  Program Bicara Pendidik Sempena Sambutan Hari Guru di Dewan Seri Melati Perbadanan Putrajaya,pukul 3 petang tadi.

Naib pengerusi sempena Sambutan Hari Guru, Raja Isnariza berkata, program tersebut merupakan program terakhir di antara lima program yang dijalankan bersempena Hari Guru peringkat Putrajaya iaitu futsal, bowling, senam robik dan terapi ziarah.


Penceramah bagi program tersebut adalah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad iaitu Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Mohd Dom.

Beliau menyampaikan ceramah berkenaan dengan tugasan dan interaksi seorang guru terhadap pelajarnya dan juga ibubapa mereka serta nasihat yang bermanfaat dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru.

“Jadilah guru yang positif agar anak murid juga menjadi positif.


“Sentiasalah bermuka ceria dan senyum supaya toksin dapat dikeluarkan serta nampak awet muda” kata beliau ketika menyampaikan ceramah.



Sunday, June 14, 2015

My funny day.

Today was so funny. I can’t believe what happened. I am so blur. Today at 10 I sent my IC and bank number copies to Pn J. She said I must get the signature and cop from my work place or from Datuk R. I went to my office and told A of the letter I received. He said congrats for getting a job there.

I then and waited for En. Z to come to office. He came and said that I have to ask for the cop from Pn A. So I went to the next block to level 3 and Pn A settled it. Pn asked me a favour to give I’s letter for correction. I went back to the next block and quickly went in the lift.

Suddenly an umbrella was used to open the lift and a man came in. I was shocked. He gave salam and asked me, am I married or not. I said not. He asked my number. I said no I can’t give and where are you from. He said he is from the ground floor at the program for cabutan bertuah and he is from JAKIM. He said he wants my number because he just wants to friend me.

 I was like what should say and do. I couldn’t think right. Erghh. When I arrived at the 9th floor, he urges me to tell him my number. So I just gave him my number and name. I went out of the lift and I felt great regret! OH NO! What have I done? I shouldn’t have given him. I seriously don’t know what is going to happen after this. Huhu. Ya Allah, please help me and protect me.

I went up to the 9th floor and gave En Z I’s paper. I went down again to the next block and went to level 3. I gave the completed letter to Pn J. I asked her am I going to work here or the next block. She said I am working at the place I’m working now. Haha.


So I misunderstood in the first place, I thought I am going to work at the next block. So it turns out I’m working at My Putrajaya News officially.  I went back to MPN and told En Z about it, he said I told you so. Haha. 

Friday, June 12, 2015

Cerita saja-saja ke-2 :P (Program Ramadan di JPA)

Putrajaya – Program Ekspresi Transformasi yang bertemakan “Ramadan Yang Dirindu” telah berlangsung di Jabatan Perkhidmatan Awam pagi tadi.  

Program yang dianjurkan JPA dimulakan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan keagamaan antaranya Asma Ul Husna, Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 184-186, Berselawat, Sajak Ramadan, Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Nur Ahli Badar dan Tazkirah oleh YBhg. Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin.  

Program ini dihadiri  lebih 500 penjawat awam sekitar Putrajaya dan turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Dr. Ahmad Jailani Mohamad Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) TKPPA (O) . 

Ustaz Badli berkata bahawa Ramadan tahun ini lebih tenang berbanding tahun lepas kerana tiada pertindihan dengan acara sukan bola sepak seperti Ramadan tahun yang lepas yang bertindih dengan sukan World Cup Brazil.  

Beliau menambah, bulan Ramadan tahun ini juga lebih singkat waktunya berbanding tahun lepas iaitu selama 13 jam 21 minit.  

“Kalau di Eropah, waktu puasanya lebih lama seperti di London, waktu puasanya adalah selama 18 jam dan kalau di Mekkah, adalah selama 14 jam tetapi suhunya amat panas iaitu 45 darjah celcius. 

"Ramadan tahun ini adalah moment untuk transformasi di mana waktu makan yang tiga kali sehari menjadi dua kali sehari, perlu berusaha bangun pada waktu malam dan bagi yang menghisap rokok akan mentransformasikan diri iaitu mengurangkan dan menahan diri dari merokok." katanya. 

Terdapat 1.4 juta Penjawat Awam di Malaysia dan di seluruh dunia, mereka sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti dan melakukan transformasi terhadap penjawat awam mereka.  

Beliau berkata, mengapa Jepun maju? Kerana Jepun mempunyai kelebihan iaitu dalam hidup, mereka mempunyai perancangan. 

“Jika dilihat, kita mempunyai 26 huruf abjad bermula dari A sampai Z maka apabila hendak buat pelan, perlu ada pelan b, c dan seterusnya hingga ke Z.  

“Tetapi jika kita tidak berjaya, pelan kita sedikit sebenarnya jika dibandingkan dengan Jepun kerana mereka mempunyai 204 abjad maka pelan-pelan mereka tentu lebih banyak sebab itu mereka lebih maju.” kata beliau.

Ustaz Badli juga mencadangkan sebuah buku yang dikeluarkan pada tahun 2001 yang bertajuk The Wisdom of Soloman At Work” agar dibaca oleh sekalian Penjawat Awam kerana buku tersebut menceritakan betapa hebatnya kepimpinan Nabi Sulaiman dalam menjalinkan kasih terhadap semua makhluk Allah. 

Rasulullah adalah manusia yang terhebat di dunia kerana kejayaannya dalam mentransformasikan  orang-orang Arab jahiliah menjadi manusia yang lebih baik.  

Beliau memesan supaya kita sentiasa melakukan sesuatu perkara kerana Allah SWT dan bukan kerana manusia dan jangan mengharapkan pujian daripada mereka.  



Bacaan ayat-ayat Al-Quran


Nyanyian


Persembahan Qasidah oleh Kumpulan Nur Ahli Badar


Suasana di auditorium JPA


Ustaz Badli