PRESINT 2 - Majlis kunjungan mesra Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya bersama Presiden Perbadanan Putrajaya,Tan Sri Aseh Che Mat telah berlangsung di Perbadanan Putrajaya baru-baru ini.
Tan Sri Aseh yang bakal tamat tempoh kontraknya pada 31 Julai, telah beramah mesra bersama seramai sebelas orang MPP yang mewakili setiap zon di Putrajaya.
Pengerusi MPP, Haji Roslan Abu Hanif, berkata, sebagai Pengerusi Perwakilan Penduduk Putrajaya dan juga wakil komuniti Putrajaya, kami mengalu-alukan kehadiran Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh yang terlibat dalam semua aspek komuniti Putrajaya.
"Majlis kunjungan mesra MPP bersama Tan Sri adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada beliau kerana beliau banyak membantu komuniti Putrajaya.
"Kami terhutang budi kepadanya kerana beliau banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan bersama-sama membantu komuniti untuk terus maju," katanya lagi.
Antara yang dibualkan bersama Tan Sri Aseh, beliau mengimbas kembali pengalaman-pengalaman beliau yang lalu dan melihat bahawa banyak penambahbaikan dapat dilaksanakan dimana Putrajaya dilihat sebagai bandar lestari, selamat dan selesa untuk penduduknya.
Menurut Haji Roslan, Presiden memberi kata-kata nasihat bahawa kita harus bergerak dalam kumpulan dan sentiasa bersama mengikut arahan Presiden baharu.
"Presiden mempunyai banyak pengalaman serta rangkaian yang luas dengan hubungan luar yang menjadikan Putrajaya bandaraya bertenaga dan berprestasi tinggi kepada komuniti dalam dan luar negara.
"Masyarakat luar negara juga memandang tinggi terhadap perkembangan Putrajaya kerana acara-acaranya bertaraf antarabangsa serta dikenali ramai serata dunia seperti program Floria, F1 dan sebagainya," ujar beliau.
Beliau menambah lagi, pada hari jumaat ini, MPP akan berhimpun beramai-ramai bersama kakitangan Perbadanan Putrajaya untuk majlis perpisahan bersama Presiden dan pada hari isnin pula, Presiden baharu akan menggantikan tempat beliau.
"Walaupun kami tidak bersama dalam aspek Presiden, beliau telah menawarkan diri untuk dipanggil untuk menghadiri jemputan tau memberi nasihat dan beliau sanggup datang bersama untuk sebarang bantuan," kata Haji Roslan.
No comments:
Post a Comment