Thursday, July 30, 2015

Cerita saja-saja ke-12 (Kafeteria baharu di Jabatan Peguam Negara)

Presint 4 - Kafeteria yang baharu sahaja beroperasi di Jabatan Peguam Negara sejak semalam telah menjadi tumpuan komuniti sekeliling Putrajaya .

Kafeteria tersebut telah diubahsuai selama dua bulan setelah berhenti beroperasi pada bulan Julai tahun lepas dan kini telah mula beroperasi di lobi bangunan serta ia dibuka pada pukul 7 pagi dan ditutup pada pukul 4 petang. 

Reka bentuk kafeteria cukup moden dengan kerusi dan mejanya serta warna dinding kafeteria bertemakan warna hijau dan kemudahan seperti tempat basuh tangan serta tempat pemulangan peralatan makanan dan pembuangan sisa makanan mengikut jenis turut disediakan untuk kemudahan para pengunjung. 

Menurut salah seorang peniaga gerai, Suzana Mohd. Nasir, 33, berkata, terdapat sebanyak lapan buah gerai di kafeteria tersebut iaitu gerai Pastri, Salad, Roti Canai, Nasi Campur 1, Nasi Campur 2, Nasi Ayam, Aneka Mi dan Minuman.

Beliau merupakan peniaga di gerai Nasi Ayam yang menjual nasi ayam jenis Hainanese iaitu nasi ayam yang dimasak gaya cina. 

"Kami menjual tiga jenis nasi ayam iaitu nasi ayam kukus, nasi ayam panggang dan nasi ayam bbq dengan harga RM 6.90 untuk nasi ayam kukus dan panggang dan Rm 8.90 untuk nasi ayam bbq.

"Nasi ayam kami berbeza dengan nasi ayam Malaysia iaitu nasi ayam kami menggunakan taughe, kicap cair, timun, cili perisa lain serta menggunakan sos halia," katanya ketika ditemui.

Turut ditemubual salah seorang pelanggan di situ, Siti Hamimah Md. Jailani, 30, berkata, beliau baharu sahaja mengunjungi kafeteria pada hari kedua pembukaan kafe tersebut. 

"Saya membeli nasi ayam dari gerai Nasi Campur 1 dengan harga yang berpatutan iaitu RM 6 dan air sirap bandung dari gerai minuman juga murah iaitu RM 1.20," katanya.

Beliau ketika itu bersama dua orang rakan sekerjanya dari bangunan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menikmati makanan yang telah mereka beli.

Menurut beliau, kafeteria itu telah lama ditutup lebih kurang setahun lamanya dan apabila ia mula beroperasi semalam, ramai orang telah mengunjungi kefeteria tersebut. 


















No comments:

Post a Comment