Presint 2 - Majlis Berbuka Puasa Bersama Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) dan Biro Pendidikan UMNO Putrajaya telah mengumpulkan guru-guru seluruh Putrajaya bagi bersama-sama berbuka puasa telah berlangsung di Dewan Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan baru-baru ini.
Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan, Rahimi berkata majlis berbuka puasa ini merupakan anjuran kali pertama oleh Guru Muda 1 Malaysia.
“Majlis ini juga merupakan sebuah penghargaan kepada guru-guru sekolah seluruh Putrajaya serta mengumpulkan kesemua guru untuk berbuka puasa bersama-sama dalam dalam majlis ini dalam bulan Ramadan ini.
"Segala keperluan majlis ini termasuk tempat, juadah berbuka seperti daging kambing serta hadiah-hadiah bagi cabutan bertuah merupakan sumbangan dari Kementerian Wilayah Persekutuan," katanya lagi.
Datuk Rahimi juga menambah bahawa terdapat satu tempat yang ditubuhkan khas untuk guru-guru muda beraktiviti iaitu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1).
Majlis telah dihadiri lebih 500 tetamu yang turut sama meraikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) dan Biro Pendidikan UMNO Putrajaya pada tahun ini.
Majlis tersebut turut mengadakan sebuah persembahan nyanyian berunsur keagamaan oleh sebuah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada guru-guru seluruh Putrajaya.
No comments:
Post a Comment