PRESINT 16 - Nasi Ayam Berempah merupakan gerai makanan kegemaran ramai di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.
Ramai orang akan beratur untuk membeli makanan di gerai tersebut pada waktu puncak iaitu pada waktu makan tengahari.
Penulis telah berjumpa dengan salah seorang pelanggan untuk bertanya tentang nasi ayam yang dibelinya.
Nina, 24, berkata, dia bersama dua orang rakan sekerjanya akan berkunjung ke gerai sekali seminggu dan selalunya akan membeli nasi ayam kerana rasanya sedap dan sesuai dengan seleranya disamping harganya yang berpatutan.
"Gerai Nasi Ayam Berempah telah lama berada di Taman Warisan dan sememangnya ramai akan beratur untuk membeli nasi ayamnya," katanya lagi.
Beliau menambah, ketika beratur, tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu gilirannya untuk membeli nasi ayam tersebut.
Harga nasi ayam adalah sangat berpatutan iaitu sebanyak RM 5 sahaja.
Antara makanan lain ialah mee sup, kueh teow, bihun sup, sup tulang, sup daging, sup perut, sup paru, sup ayam dan sup campur.
No comments:
Post a Comment