Thursday, July 30, 2015

Cerita saja-saja ke-11 (Pasar P8)

Presint 8 - Pelbagai barangan segar dengan harga yang berpatutan boleh didapati di Pasar P8 yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1). 

Pasar P8 mempunyai pelbagai barangan basah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan lain-lain yang menjanjikan kesegaran dan kepuasan para pelanggannya.

Faezah, 31, berkata, beliau berkunjung ke pasar P8 sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membeli barang keperluan dapur kerana berdekatan dengan rumahnya di Presint 9.

"Harga barangan basah di sini cukup berpatutan walaupun harganya telah naik sedikit berbanding tahun sebelumnya. 

"Selain itu, kesemua barangan basah juga lebih segar berbanding di tempat lain yang pernah saya kunjungi seperti Mydin yang tidak berapa segar," katanya lagi.

Noraini, 64, pula berkata beliau gemar mengunjungi Pasar P8 sehingga lima kali seminggu untuk membeli barangan basah.

"Ayam dan daging di sini memang segar dan harganya berpatutan tetapi sayur-sayuran yang dijual di sini mahal sedikit jika dibandingkan dengan harga runcitnya," kata Noraini yang menetap di Kuala Lumpur tetapi berniaga di Putrajaya.

Secara keseluruhannya para pembeli berpuas hati dengan barangan di Pasar P8 kerana kesegarannya dan harganya yang berpatutan.​​​​​





No comments:

Post a Comment