Thursday, July 9, 2015

Cerita saja-saja ke-7 :p (Program Fiesta Aidilfitri JPA dirasmikan)

PUTRAJAYA – Belanja sambil menderma antara aktiviti bagi pengunjung Program Fiesta Aidilfitri 2015 di Perkarangan Blok C3, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang bermula hari ini sehingga Jumaat.

Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ohhsem Network ini bertujuan memupuk semangat keusahawanan di kalangan ahli dengan memberi peluang perniagaan dan sumber pendapatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula, ia membantu memudahkan persiapan sambutan Hari Raya bagi warga Putrajaya, umumnya, serta warga JPA, khususnya.

Gerai-gerai jualan disertai oleh ahli PUSPANITA JPA, Kelab JPA, Agensi-agensi Kerajaan dan Kumpulan Artis dari Ohhsem Network.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung, termasuk Demonstrasi Solekan dan Hijab, Preview Pelancaran Buku “Ada Iman, Baru Syok, Boleh Fight” oleh Adam Corrie dan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Ashraf Alhijrah.

Antara artis yang turut hadir memeriahkan program ini, termasuk Isman Hijjaz, Azmir Raja Lawak, Saleem Iklim, Lan Kristal, Syura Masterchef, Nubhan Akedemi Fantasia dan ramai lagi.

Sebanyak 40 gerai jualan ala ‘bazaar’ menjual pelbagai barangan raya, seperti hijab, kuih raya, pakaian, aksesori dan kosmetik.

Juga terdapat gerai jualan juadah berbuka puasa bagi kemudahan pengunjung.

Program dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA JPA, Puan Sri Asmahan Ismail.







No comments:

Post a Comment