Saturday, September 5, 2015

College registration at UiTM SHAH ALAM. Kolej Melati. Masscomm.

Assalamualaikum wbt,

Today I wore my new purple baju kurung and maroon shawl. I arrived at UiTM Shah Alam at 9am with the help of my father's GPS that helped us a lot. My friends who were supposed to be my roommates haven't arrived at that time. We had to park the car at the opposite side of Melati college.

I went up to the registration counter and just had to give my letter of offer. I was given a folder and was to fill up all the forms in it. So I went to the table there and sat down. I filled up the forms and the difficult part was to cut the passport pictures to smaller sizes that was needed to be pasted on the forms.

Then my friends came, they were my classmates during Diploma at Lendu, Ira and Nadiah. They arrived at about 11 except for Puluit who was supposed to be our roommate but could not make it early that day. Everything was settled and we went to register our names for the room of the college.

We got the first level which was really good. I was literally shocked when I saw our room. It was so nice. I didn't expect the room to have single beds. I thought there was going to be double decker beds. So the three of us started unpacking our things and arranging them in our places.

After that, a new girl came in our room and she was from another course, her name's Yana so she'll be our roommate for this semester. The whole day was just free time and we got to meet our other classmates who were our neighbours at our floor level. Many of our neighbours were Masscommers. Then I met JAIDO there!! I really am blessed and happy to be a degree student here :)

#KolejMelati
#UiTMDiHatiku
#DegreeStudent
#Publishing
#UiTMShahAlam
#MassComm

College registration tips:
p/s for all my juniors of UiTM Shah Alam especially Masscomm students:

1) Bring your scissors and glue because you need to cut your pictures small and paste them on forms.
2) Bring your stationary so that you have your own pen with you to fill up all the forms.
3) Come as early as possible to college Melati (come as soon as 8am).
4) You can pick your own roommates so discuss with your future roommates at least days or one week before the college registration and make sure all of you come early because you will most definitely get the rooms at the ground floor.

Goodluck!


Sunday, August 2, 2015

Majlis Santai-Santai Aidilfitri Persatuan Penduduk Presint 10 Meriah


MyPresint Aug 4, 2015




PRESINT 10 – Lebih 200 komuniti Presint 10 menghadiri majlis Santai-Santai Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk Presint 10 yang diadakan di Jalan Presint 10B, baru-baru ini.
Selain mengeratkan tali silaturahim diantara penduduk, dengan penganjuran rumah terbuka ini juga memberi ruang kepada komuniti untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka kepada Persatuan Penduduk Presint 10.
Sirajuddin
Sirajuddin
Presiden Persatuan Penduduk, Dato’ Sirajuddin Hj. Salleh, berkata, meskipun majlis ini merupakan anjuran pertama persatuan namun, sambutan yang diberikan oleh penduduk disini amat menggalakkan.
“Persatuan ini telah berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) selepas mengadakan pertemuan awal bersama para penduduk disini.
“Saya lihat dengan adanya persatuan, para penduduk boleh berkenalan diantara satu dengan yang lain, bantu membantu, bermesra serta melakukan pelbagai aktiviti bersama dimasa hadapan.” katanya.
Menurut Sirajuddin, beberapa langkah-langkah keselamatan dapat dikukuhkan sekaligus kepentingan penduduk Presint 10 terjamin.
“Saya berharap ahli-ahli yang berdaftar dapat memberikan sokongan penuh kepada Persatuan Penduduk Presint 10 sama ada dari segi kewangan atau tenaga bagi kemakmuran komuniti disini,” ujarnya lagi.
Hadir sama memeriahkan Majlis Santai-Santai Aidilfitri isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Dalam majlis tersebut, para pelajar dari pusat Maahad Tahfiz, Olak Lempit, Bukit Changgang turut menerima duit raya daripada Persatuan Penduduk Presint 10.







LIPUTAN BERITA OLEH TEKS: YASMIN YUSOF FOTO: YASMIN YUSOF

Thursday, July 30, 2015

Cerita saja-saja ke-13 Majlis Kunjungan Mesra Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya (MPP)

PRESINT 2 - Majlis kunjungan mesra Majlis Perwakilan Penduduk  (MPP) Putrajaya bersama Presiden Perbadanan Putrajaya,Tan Sri Aseh Che Mat telah berlangsung di Perbadanan Putrajaya baru-baru ini.

Tan Sri Aseh yang bakal tamat tempoh kontraknya pada 31 Julai, telah beramah mesra bersama seramai sebelas orang MPP yang mewakili setiap zon di Putrajaya.

Pengerusi MPP, Haji Roslan Abu Hanif, berkata, sebagai Pengerusi Perwakilan Penduduk Putrajaya dan  juga wakil komuniti Putrajaya, kami mengalu-alukan kehadiran Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh yang terlibat dalam semua aspek komuniti Putrajaya.

"Majlis kunjungan mesra MPP bersama Tan Sri adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada beliau kerana beliau banyak membantu komuniti Putrajaya.

"Kami terhutang budi kepadanya kerana beliau banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan bersama-sama membantu komuniti untuk terus maju," katanya lagi.

Antara yang dibualkan bersama Tan Sri Aseh, beliau mengimbas kembali pengalaman-pengalaman beliau yang lalu dan melihat bahawa banyak penambahbaikan dapat dilaksanakan dimana Putrajaya dilihat sebagai bandar lestari, selamat dan selesa untuk penduduknya.

Menurut Haji Roslan, Presiden memberi kata-kata nasihat bahawa kita harus bergerak dalam kumpulan dan sentiasa bersama mengikut arahan Presiden baharu.

"Presiden mempunyai banyak pengalaman serta rangkaian yang luas dengan hubungan luar yang menjadikan Putrajaya bandaraya bertenaga dan berprestasi tinggi kepada komuniti dalam dan luar negara.

"Masyarakat luar negara juga memandang tinggi terhadap perkembangan Putrajaya kerana acara-acaranya bertaraf antarabangsa serta dikenali ramai serata dunia seperti program Floria, F1 dan sebagainya," ujar beliau.

Beliau menambah lagi, pada hari jumaat ini, MPP akan berhimpun beramai-ramai bersama kakitangan Perbadanan Putrajaya untuk majlis perpisahan bersama Presiden dan pada hari isnin pula, Presiden baharu akan menggantikan tempat beliau.

"Walaupun kami tidak bersama dalam aspek Presiden, beliau telah menawarkan diri untuk dipanggil untuk menghadiri jemputan tau memberi nasihat dan beliau sanggup datang bersama untuk sebarang bantuan," kata Haji Roslan.




Cerita saja-saja ke-12 (Kafeteria baharu di Jabatan Peguam Negara)

Presint 4 - Kafeteria yang baharu sahaja beroperasi di Jabatan Peguam Negara sejak semalam telah menjadi tumpuan komuniti sekeliling Putrajaya .

Kafeteria tersebut telah diubahsuai selama dua bulan setelah berhenti beroperasi pada bulan Julai tahun lepas dan kini telah mula beroperasi di lobi bangunan serta ia dibuka pada pukul 7 pagi dan ditutup pada pukul 4 petang. 

Reka bentuk kafeteria cukup moden dengan kerusi dan mejanya serta warna dinding kafeteria bertemakan warna hijau dan kemudahan seperti tempat basuh tangan serta tempat pemulangan peralatan makanan dan pembuangan sisa makanan mengikut jenis turut disediakan untuk kemudahan para pengunjung. 

Menurut salah seorang peniaga gerai, Suzana Mohd. Nasir, 33, berkata, terdapat sebanyak lapan buah gerai di kafeteria tersebut iaitu gerai Pastri, Salad, Roti Canai, Nasi Campur 1, Nasi Campur 2, Nasi Ayam, Aneka Mi dan Minuman.

Beliau merupakan peniaga di gerai Nasi Ayam yang menjual nasi ayam jenis Hainanese iaitu nasi ayam yang dimasak gaya cina. 

"Kami menjual tiga jenis nasi ayam iaitu nasi ayam kukus, nasi ayam panggang dan nasi ayam bbq dengan harga RM 6.90 untuk nasi ayam kukus dan panggang dan Rm 8.90 untuk nasi ayam bbq.

"Nasi ayam kami berbeza dengan nasi ayam Malaysia iaitu nasi ayam kami menggunakan taughe, kicap cair, timun, cili perisa lain serta menggunakan sos halia," katanya ketika ditemui.

Turut ditemubual salah seorang pelanggan di situ, Siti Hamimah Md. Jailani, 30, berkata, beliau baharu sahaja mengunjungi kafeteria pada hari kedua pembukaan kafe tersebut. 

"Saya membeli nasi ayam dari gerai Nasi Campur 1 dengan harga yang berpatutan iaitu RM 6 dan air sirap bandung dari gerai minuman juga murah iaitu RM 1.20," katanya.

Beliau ketika itu bersama dua orang rakan sekerjanya dari bangunan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menikmati makanan yang telah mereka beli.

Menurut beliau, kafeteria itu telah lama ditutup lebih kurang setahun lamanya dan apabila ia mula beroperasi semalam, ramai orang telah mengunjungi kefeteria tersebut. 


















Cerita saja-saja ke-11 (Pasar P8)

Presint 8 - Pelbagai barangan segar dengan harga yang berpatutan boleh didapati di Pasar P8 yang bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1). 

Pasar P8 mempunyai pelbagai barangan basah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan lain-lain yang menjanjikan kesegaran dan kepuasan para pelanggannya.

Faezah, 31, berkata, beliau berkunjung ke pasar P8 sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membeli barang keperluan dapur kerana berdekatan dengan rumahnya di Presint 9.

"Harga barangan basah di sini cukup berpatutan walaupun harganya telah naik sedikit berbanding tahun sebelumnya. 

"Selain itu, kesemua barangan basah juga lebih segar berbanding di tempat lain yang pernah saya kunjungi seperti Mydin yang tidak berapa segar," katanya lagi.

Noraini, 64, pula berkata beliau gemar mengunjungi Pasar P8 sehingga lima kali seminggu untuk membeli barangan basah.

"Ayam dan daging di sini memang segar dan harganya berpatutan tetapi sayur-sayuran yang dijual di sini mahal sedikit jika dibandingkan dengan harga runcitnya," kata Noraini yang menetap di Kuala Lumpur tetapi berniaga di Putrajaya.

Secara keseluruhannya para pembeli berpuas hati dengan barangan di Pasar P8 kerana kesegarannya dan harganya yang berpatutan.​​​​​





Monday, July 27, 2015

Cerita saja-saja ke-10 (Nasi Ayam Berempah, Taman Warisan)



PRESINT 16 - Nasi Ayam Berempah merupakan gerai makanan kegemaran ramai di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Ramai orang akan beratur untuk membeli makanan di gerai tersebut pada waktu puncak iaitu pada waktu makan tengahari.

Penulis telah berjumpa dengan salah seorang pelanggan untuk bertanya tentang nasi ayam yang dibelinya.

Nina, 24, berkata, dia bersama dua orang rakan sekerjanya akan berkunjung ke gerai sekali seminggu dan selalunya akan membeli nasi ayam kerana rasanya sedap dan sesuai dengan seleranya disamping harganya yang berpatutan.

"Gerai Nasi Ayam Berempah telah lama berada di Taman Warisan dan sememangnya ramai akan beratur untuk membeli nasi ayamnya," katanya lagi.

Beliau menambah, ketika beratur, tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu gilirannya untuk membeli nasi ayam tersebut. 

Harga nasi ayam adalah sangat berpatutan iaitu sebanyak RM 5 sahaja.

Antara makanan lain ialah mee sup, kueh teow, bihun sup, sup tulang, sup daging, sup perut, sup paru, sup ayam dan sup campur.






Friday, July 24, 2015

Cerita saja-saja ke-9 (Astaka Morocco)

PRESINT 1 - Astaka Morocco yang terletak di tengah-tengah Taman Botani, Putrajaya merupakan seni bina Islam yang berkonsepkan seni bina Islam dari negara Morocco (Maghribi) telah menjadi semakin popular di kalangan pengantin baharu untuk mengadakan sesi penggambaran mereka. 

Seni bina di sekitar taman Astaka Morocco cukup unik dengan ukiran-ukiran jawi pada dinding bangunan, ukiran seni bina yang berwarna-warni pada kolam, elemen air seperti air pancut serta keindahan lanskap di sekitarnya memberi rasa seperti berada di luar negara.

Astaka Morocco telah menjadi tumpuan dan lokasi pilihan ramai pengantin baharu dan juga bakal pengantin untuk mengadakan sesi penggambaran mereka kerana keindahan latar belakangnya serta seni binanya yang unik.

Ketika berada di Astaka Morocco, penulis berkesempatan untuk melihat sesi penggambaran yang dijalankan untuk pasangan pengantin baharu.

Menurut salah seorang pengapit perempuan, Nurfa, 22, beliau telah melawati Astaka Morocco banyak  kali dan pernah ke sana untuk menemani kakaknya untuk penggambaran jubah-jubahnya bagi perniagaan pakaian onlinenya.

"Ada satu hari saya pernah melihat satu majlis perkahwinan pasangan pengantin diadakan di kawasan lapang Astaka Morocco yang bertema garden.

"Saya merasakan tempat ini unik dengan seni binanya yang berkonsep islam tradisional serta saya kagum melihat lanskapnya yang cantik," katanya ketika ditemui.

Beliau menambah, Astaka Morocco adalah tempat yang mesti dikunjungi oleh para pengunjung dan juga para pengantin kerana tempat tersebut memang cantik dan semakin popular di kalangan para pengantin baharu untuk mengadakan sesi penggambaran mereka.

Kemasukan ke taman Astaka Morocco adalah percuma oleh itu sesiapa boleh memasukinya untuk melihat keindahan seni binanya serta dapat mengambil gambar disekitarnya tetapi untuk ke dalam ruang pameran Astaka Morocco, pengunjung perlu membayar sebanyak RM3 sahaja.













Monday, July 13, 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri! Dari warga kerja My Putrajaya News online :)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dapat masuk video My Putrajaya News Online video Raya, ada juga kenang-kenangan dengan workmates. Harap-harap MPN buat lagi video lepas ni. haha.

Kami warga kerja My Putrajaya News Online ingin mengucapkan Selamat HAri RAya AIdilfitri! :)


Yasmin, Ijat, En. Zam, Amzar, Bro


Ni linknya https://www.youtube.com/watch?v=guC69QTswC4.
Minit ke 2:04 :D






Saturday, July 11, 2015

The Man...












Photos from: https://www.facebook.com/izzahmenswear/photos_stream?tab=photos_stream




#JalanJalanCariMakan Mee Tonggek Popular Bazaar Ramadan

Anda pernah dengar Mee Tonggek? Haa, Mee Tonggek memang berbunyi pelik... Tetapi gerai Mee Tonggek ini sudah popular di Bazaar Ramadan Putrajaya sehingga menjadi rebutan pengunjung yang sanggup beratur panjang untuk membelinya.
Mee Tonggek merupakan makanan popular di Kedah yang menggunakan sos istimewa yang menjadi resipi rahsia turun temurun keluarga kepada peniaga gerai.
Antara juadah lain yang dijual seperti Mee Sanggul, Mee Goreng, Maggie Goreng serta Kuew Teow. Semalam penulis ada beli mee sanggul... perghhh sedap sangat, murah pulak tu hanya RM 3!
Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom ke gerai Mee Tonggek yang bernombor 106 sekarang!