Friday, May 13, 2022

PERJANJIAN PENYEWAAN BILIK

 

CONTOH SURAT PERJANJIAN PENYEWAAN BILIK

Semoga bermanfaat! Terima kasih.


PERJANJIAN PENYEWAAN BILIK


PERJANJIAN ini dibuat pada  8 March 2022 di antara pihak berikut:


Tuan Rumah

Nama:

No Kad Pengenalan:

Penyewa

Nama:

No Kad Pengenalan:

BAHAWASANYA

A. Tuan Rumah adalah pemilik sah dan berdaftar bagi rumah di alamat 62250 Putrajaya

B. Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa dan Penyewa bersetuju menyewa dari Tuan Rumah Bilik yang berada di bahagian hadapan rumah tersebut serta menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang diadakan.

C. Penyewaan ini adalah untuk tempoh selama 6 bulan bermula pada 8 March 2022 dan berakhir pada 8 September 2022 tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung di dalam surat Perjanjian ini.

D. Penyewa bersetuju membayar kepada Tuan Rumah sewa bulanan sebanyak (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh) (RM350) dan hendaklah dibayar secara bank transfer pada 1 haribulan (tiap-tiap bulan) ke akaun CIMB.

E. Penyewa bersetuju membayar sewa pendahuluan sebanyak (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus) (RM700) iaitu bayaran deposit (RM350) + bayaran sewa bulan pertama (RM350) untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini. Penyewa juga bersetuju untuk membayar bayaran air dan api yang bakal diberitahu pada bulan-bulan berikutnya yang akan disekalikan dengan bayaran sewa bulanan.

F. Penyewa ialah penama berdaftar dalam borang Maklumat Penyewa.

BORANG MAKLUMAT PENYEWA


Nama:

No. Kad Pengenalan:

No. Tel. Bimbit :   

Alamat Tetap/Asal:    

Pekerjaan:

Alamat Pejabat:    

No. Tel. Pejabat:      

Tempoh Sewaan:    

Jumlah penghuni:    

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.


TANGGUNGJAWAB PENYEWA


 1. Membayar sewa pendahuluan pada hari seperti mana ditetapkan.

2. Bertanggungjawab membayar bil air dan api yang dikenakan semasa penyewaan berjalan.

3. Penyewa bertanggungjawab untuk membayar bayaran sewa bilik yang telah dipersetujui pada setiap bulan.

4. Tidak menggunakan bilik sewaan tersebut untuk apapun jenis perniagaan tanpa kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

5. Tidak menyewakan bilik sewa tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah dan sekiranya Penyewa mengingkari syarat ini maka Tuan Rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar orang lain.

6. Tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa perubahan bentuk atau tambahan samada di bahagian luar atau dalam bilik sewa tanpa meminta kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.

7. Tidak menyimpan atau membiak sebarang haiwan di dalam bilik sewa dan kawasan rumah.

8. Tidak menyimpan apa jua bahan beracun, bahan berbahaya yang mudah meletup atau terbakar.

9.  Tidak dibenarkan memasak di dalam bilik sewa.

10. Menjaga kebersihan bilik sewa dan kawasan rumah termasuk ruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan sekeliling rumah.

11.  Memastikan keadaan di dalam bilik sepanjang tempoh penyewaan dalam keadaan baik dan boleh diduduki.

12. Penghuni bilik sewa hanya boleh diduduki oleh seorang iaitu Penyewa itu sendiri dan Penyewa dibenarkan membawa sesiapa ke bilik sewa bagi tujuan lawatan setelah mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah terlebih dahulu.

13. Tidak melakukan atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di dalam bilik atau kawasan rumah yang mana ianya boleh mengganggu suasana dan ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan perumahan.

14. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil untuk memasuki bilik sewa untuk membuat pemeriksaan apabila dirasakan perlu.

15. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan Penyewa atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan-perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan yang disebabkan oleh Penyewa.

16. Menyerahkan kembali bilik sewa dalam keadaan baik, bersih, dan aman serta kesemua kunci yang telah diserahkan kepada Tuan Rumah apabila tempoh perjanjian tamat atau ditamatkan mengikut syarat-syarat perjanjian.

17. Tuan Rumah akan mengembalikan wang deposit kepada Penyewa pada hari penghujung penyewaan tertakluk kepada syarat-syarat di mana wang deposit boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa bilik yang tertunggak atau untuk perbelanjaan membaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa.

18.Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku perlanggaran atau bila Tuan Rumah berkehendakkan bilik sewa tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang satu bulan (1) notis bertulis kepada Penyewa.

19. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.


2 comments: