Assalamualaikum semua,
Saya akan terangkan dengan simple cara nak labur dengan bijak dalam ASB. Saya ada tengok video di FB cara nak labur dengan bijak.
Simpanan ASB secara biasa VS Simpanan ASB secara sijil
Untuk pendekkan cerita, simpanan asb secara biasa dengan dividen 6.75%, sangat sikit untung yang anda dapat. Tak berbaloi pun.
Cara yang terbaik ialah mengikut cara ini:
Simpan ASB secara SIJIL
Komitmen: 5 tahun atau 60 bulan
Dividen: 6.75% (contoh)
Modal keseluruhan: RM13,200 (Rolling modal setiap tahun)
(boleh bayar bulan2 atau lumpsum setahun)
Iaitu RM1100 setiap bulan = RM13,200 setahun
Ada banyak pilihan SIJIL, jika anda ambil SIJIL 200K (30 tahun) dividen 5.2%, anda boleh dapat untung dalam RM17,000 setelah 5 tahun melabur modal.
PASTIKAN SETIAP TAHUN ANDA MEMOHON ASB SECARA SIJIL 200K (30 tahun)
1. Tahun pertama anda labur RM13,200, anda akan dapat dividen RM300
ANDA PERLU ROLLING MODAL SAHAJA SETIAP TAHUN DAN
JANGAN SESEKALI KELUARKAN DIVIDEN RM300 ANDA
2. Anda mohon asb sijil 200k tahun kedua, anda labur modal asal RM13,200, anda mendapat dividen RM300
3. Anda mohon asb sijil 200k tahun ketiga, anda labur modal asal RM13,200, anda mendapat dividen RM300
4. Anda mohon asb sijil 200k tahun keempat, anda labur modal asal RM13,200, anda mendapat dividen RM300
5. Anda mohon asb sijil 200k tahun kelima, anda labur modal asal RM13,200
PASTIKAN ANDA TERMINATE KESEMUA SIJIL DARI TAHUN PERTAMA SAMPAI KELIMA UNTUK MENDAPAT PULANGAN WANG ANDA SETELAH LIMA TAHUN MELABUR
Cara Pengiraan Untung:
Modal anda: RM13,200
Dividen anda RM300 x 5 tahun = RM1, 500
1. Download app Financial calculators
2. Buka loan calculator dan isi:
Loan amount: 200,000
Years: 30
Interest rate: 5.2
Buka tab Detail:
Tengok Monthly anda RM1098.22 ( Saya bundarkan RM1100) yang ini bukti pelaburan setahun RM13,200 kat atas sekali
Buka tab Table:
Tengok tahun kelima dan balancenya RM184,000
Tolakkan RM200,000 - RM184,000 = RM16,000
TOTAL ANDA DAPAT: RM16,000 + RM1,500 + 13,200 = RM 30,700
UNTUNG ANDA: RM30,700 - RM13,200 = RM17,500
MAKA LABURLAH DENGAN BIJAK!
Kalau anda nak labur lebih dari 5 tahun pun lagi bagus, lagi banyak untung anda akan dapat ...
SEMOGA BERJAYA!!!
Kalau ada apa2 kekurangan dalam post ni, please let me know ya. Tq!
No comments:
Post a Comment