Sunday, August 2, 2015

Majlis Santai-Santai Aidilfitri Persatuan Penduduk Presint 10 Meriah


MyPresint Aug 4, 2015




PRESINT 10 – Lebih 200 komuniti Presint 10 menghadiri majlis Santai-Santai Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk Presint 10 yang diadakan di Jalan Presint 10B, baru-baru ini.
Selain mengeratkan tali silaturahim diantara penduduk, dengan penganjuran rumah terbuka ini juga memberi ruang kepada komuniti untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka kepada Persatuan Penduduk Presint 10.
Sirajuddin
Sirajuddin
Presiden Persatuan Penduduk, Dato’ Sirajuddin Hj. Salleh, berkata, meskipun majlis ini merupakan anjuran pertama persatuan namun, sambutan yang diberikan oleh penduduk disini amat menggalakkan.
“Persatuan ini telah berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) selepas mengadakan pertemuan awal bersama para penduduk disini.
“Saya lihat dengan adanya persatuan, para penduduk boleh berkenalan diantara satu dengan yang lain, bantu membantu, bermesra serta melakukan pelbagai aktiviti bersama dimasa hadapan.” katanya.
Menurut Sirajuddin, beberapa langkah-langkah keselamatan dapat dikukuhkan sekaligus kepentingan penduduk Presint 10 terjamin.
“Saya berharap ahli-ahli yang berdaftar dapat memberikan sokongan penuh kepada Persatuan Penduduk Presint 10 sama ada dari segi kewangan atau tenaga bagi kemakmuran komuniti disini,” ujarnya lagi.
Hadir sama memeriahkan Majlis Santai-Santai Aidilfitri isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Dalam majlis tersebut, para pelajar dari pusat Maahad Tahfiz, Olak Lempit, Bukit Changgang turut menerima duit raya daripada Persatuan Penduduk Presint 10.







LIPUTAN BERITA OLEH TEKS: YASMIN YUSOF FOTO: YASMIN YUSOF